CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

Nasib Malang Setelah "Finishing School"

Keta aku hbiz mnyak weii...
Itulah degil + malas g isi minyak keta. Hehe
Dah la hbiz finishing school. Penat sgt..


Ni mse aku isi minyak 1st session. Aku isi 4 litre still keta aku x leh hdup jg. Kne 2 kali pusing balik lg ni nk bli mnyk.


U want 2 know?!?!
He's the HERO!!!!!!
Tq so much Wadi... Aku x tau klu x de ko x tau lah nsib ktorg mcm mne.
Huhuhu


Sempat pulak nk tangkap gbr d stesen mnyk. Hehe.. Maklum lah muka risau takut x balik bilik smua. Hehehe

Senyum dan raut kebahagiaan yang terpancar dari dewi-dewi cantik UPM ni. Hahaha...




Don't do like this my friends!!!!!!!




....Maaf

Maaf...
ada kalanya terlalu sukar untuk di lafazkan
kerna diri merasakan
masih adakah nilai nya
atau cuma ucapan yang meluncur tanpa makna
hanya penyedap kata
sedang hati tidak sekelumit jua
merasakannya.

Maaf...
ada kalanya terlucut tanpa paksa
hanya untuk melunakkan bicara
agar tiada sengketa berpanjangan
dan hati tidak terusan terusik
sedang jiwa tidak sezarah pun
memikirkannya.

Maaf
jika datang dari jiwa
terbitnya dari hati
ucapan nya bisa mengetarkan
meluluhkan nuraini
walau sepejal tembok batu
walau sekeras besi padu
seperti titisan air
lembut tapi bisa melekukkan

Berilah Aku Kepastian

Kau tenung mataku
Kau usap pipiku
Dan kau kucup keningku...
Katamu hanya aku seorang...
Aku tahu itu dusta !
Walau dalam benak hatiku ingin sekali mengiyakan hanya aku seorang untukmu
Aduhai sang kekasih...
Aku pasti kau tahu getir hatiku
Aku pasti kau tahu kegusaranku
Aku pasti kau tahu keinginanku
Lantas coretkanlah
Lantas bisikkanlah
Lantas nyanyikanlah
Berikanlah aku kepastian...
Agar tidak aku terus gentayangan dalam angan...
Agar tidak aku terus melestarikan malam-malamku dengan angan yang tidak pasti...
Agar tidak aku terus tenat dengan tanda-tanda tanya...
Wahai sang kekasih
Berikanlah aku kalung kepastian,
Kerana aku telah terlampau dahagakan keinginanmu (aku sebagai apa?)

Thursday, March 13, 2008

Apakah Perubatan Homeopati?

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810. Homeopati bukan sistem perubatan traditional, tetapi ianya adalah satu sistem perubatan moden (alternatif / complementary) kepada sistem perubatan yang sedia ada.Ubat-ubat yang digunakan tidak mengandungi sebarang dadah atau racun yang boleh merbahayakan diri atau ketagihan.Asas perubatannya ialah semulajadi atau mesra alam atau natural law of cure atau lebih dikenali dalam bahasa Latin sebagai ‘Simlar Similibus Curentur’ atau Persamaan Dengan Persamaan Menyembuhkan atau dengan ringkasnya disebut sebagai ‘Undang-Undang Serasi’


Prinsip Asas Perubatan Homeopati


Sistem Perubatan Homeopati Mempunyai 6 Prinsip Asas yang terdiri dari:
1. Undang-Undang Keserasian: Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja dapat menyembuhakn seseorang pesakit.(dgn izin ALLAH).

2. Undang-Undang Dos Tunggal: Bagi homeopati, mereka hanya diizinkan untuk memberi satu dos ubat dalam satu waktu dan tidak boleh diberi banyak ubat.

3. Undang-Undang Dos Minima: Setiap ubat yang hendak diberikan wajiblah dalam bentuk yang sehalus-halusnya diproses mengikut kaedah ‘potentisation homeopati’ dan sekali-kali tidak boleh diberi dalam dos yang kuat..

4. Undang-Undang Tenaga Hayat: Sakit dan sihat ditentukan oleh Allah SWT dan tenaga hayat (Vital Force) memainkan peranan penting sihat atau sakit seseorang itu.

5. Undang-Undang Ujikaji: Homeopati boleh menerima ubat-ubat yang hanya diujikaji terhadap manusia sahaja. Ubat-ubat yang diujikaji terhadap haiwan, tidak layak untuk dibagi kepada manusia.

6. Undang-Undang Arah Penyembuhan: Ubat jika diberi dengan serasi dan tepat akan mengikut arah penyembuhan yang betul dan tidak sebaliknya.

SAUNA - cara mudah SEGARKAN BADAN

Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna.

Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India.

Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya.

Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi.

Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.

Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam.

Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.


TIP:

Sebelum melakukan sauna:

Biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.

Bahaya Merokok

Rajah di bawah menunjukkan kandungan bahan yang terdapat di dalam sebatang rokok dan penyakit-penyakit yang bakal menemani perokok.

Bahan-bahan yang dipaparkan mampu memberi kesan yang teruk terhadap kesihatan tubuh badan.Mungkin anda beranggapan ini hanya sekadar paparan bagi memenuhi karya di dalam blog ni, apa yang penting ianya sebagai hasil rujukan “Harmonies life” dalam memberi info kepada orang ramai. Masih ada masa bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Jangan menyesal di kemudian hari.

Fikirkan ALLAH SWT telah memberikan nikmat kesihatan yang cukup baik, kita hanya perlu menguruskan nikmat yang di kurniakan itu.

Pernah anda mendengar “mencegah lebih baik dari mengubati”. Jangan jadikan diri anda mangsa seterusnya sebagai “mangsa akibat merokok

Wednesday, March 12, 2008

Rahasia Number. Try la baca dulu...

Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.
Nombor 1 LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
Nombor 2 NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.
Nombor 3 RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.
Nombor 4 NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
Nombor 5 SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
Nombor 6 HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
Nombor 7 INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
Nombor 8 ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.
Nombor 9 NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!
Nombor 10 atau 0 SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya. Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.