Wednesday, March 12, 2008
Kekuatan TAUGE
Posted by NiLda at Wednesday, March 12, 2008 0 comments
Tuesday, March 4, 2008
TUMBUHAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT
Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.
Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.
2. Kangkung
Kangkung dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Ipomea aquatica Forsk dan berasal dari keluarga Convolvulaceae. Ia adalah sejenis tanaman popular di kalangan masyarakat tempatan. Ia lazat dimakan sama ada digoreng sebagai sayur atau dicelur untuk dibuat ulam.
Kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair manakala sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.
Tanaman ini bernilai tinggi dalam rawatan tradisional khususnya untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya adalah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar dan hijau bersama-sama batangnya kemudian tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.
Bijan dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Sesamum indicum dan berasal dari keluarga Pedaliacea. Ia adalah sejenis bahan makanan yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih muih. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil yang berbau harum berwarna putih keunguan.
Bijan kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut kering dan uban.
Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.
4. Pokok Turi
Pokok turi dikenali dari segi saintifiknya sebagai sesbania grandiflora pers dan berasal dari keluarga Leguminosae. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai keti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinag, Kedah dan Perlis.
Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.
Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi
Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka
Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melundungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.
Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Terung belanda dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Solanum torvum swartz dan berasal dari keluarga Solanaceaea. Ia adalah sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia biasanya hidup liar dan banyak ditemui di kampung-kampung, di kawasan terbiar dan di kawasan hutan.
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama terung rajah wang. Disesetengah tempat ia disebut terung manggas atau terung pipit putih. Buah terung belanda dimakan untuk menambah selera makan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dari segi perubatan daunnya dipercayai berkesan untuk mengubati masalah pitam dan sengal-sengal tulang.
Terung berasal daripada keluarga Solanae. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung. Ia berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. Terung dikisar dan diminum untuk melawaskan kencing. Ia juga bertindak sebagai julab kerana kandungan seratnya yang tinggi Kombinasi antara serat dan terpenes, sejenis bahan antipengoksidaan, dalam terung membantu menghindarkan kesan-kesan hormon yang mengakibatkan beberapa jenis penyakit barah serta mengelakkan kerosakkan berpunca daripada pengoksidaan itu.
Terung baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Sayur terung juga digunakan oleh kaum Hindu sebagai ramuan untuk menguatkan tenaga batin. Terung juga sesuai di gunakan untuk memelihara kejernihan kulit muka. Selain itu terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.
Kacang tanah berasal dari keluarga kekacang dikenali sebagai Leguminosa. Ia kaya dengan lemak, vitamin A,B, E dan K, lesitin, kolin, asid amino dan kalsium. Ia mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek dan mengeluarkan daun-daun kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah. Selain digunakan sebagai sumber makanan, kacang tanah juga bernilai tinggi dari segi perubatan. Kajian-kajian menunjukkan minyak kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah.
Kacang tanah dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, nefritis (radang buah pinggang, penyakit keputihan, insomnia).
Penduduk
Posted by NiLda at Tuesday, March 04, 2008 0 comments
Punca Penyakit Dan Cara Menjaga Kesihatan
Oleh Dr. V. M.Palaniappan, Ph.D
Sehingga ini kita telah melihat bagaimana penyakit-penyakit terjadi oleh kerana satu atau lebih faktor seperti berikut:
Racun dalam tubuh
Racun yang terkumpul dalam tubuh kerana gaya hidup tidak sihat. Ini termasuk
- kurang meminum air,
- terdedah kepada sinaran matahari yang banyak, dan
- kurang kencing
kerana air yang banyak hilang melalui peluh, mandi air panas dan menggunakan kipas untuk menyejukkan badan.
Makanan
Mengambil makanan dan minuman yang tidak sesuai, daripada segi kualiti dan kuantiti termasuk kurang makan dan makan berlebihan. Selain itu memakan makanan yang diperbuat daripada tepung halus yang boleh menyebabkan sembelit kronik, mengambil terlalu banyak makanan berasaskan haiwan, memakan sayur dan buah yang dicemari racun serangga dan pengawet.
Gas-gas beracun
Gas-gas beracun yang terperangkap dalam tubuh termasuk karbon dioksida yang dihasilkan oleh tubuh kerana sukar bernafas, selain menyedut gas-gas toksik daripada sumber luaran seperti semburan toksik, racun nyamuk, wasap pembentungan/industri/ trafik.
Keseimbangan dalam pH
Keseimbangan dalam pH (asid/alkali) terjejas dalam bendalir tubuh. Ini berlaku kerana mengambil makanan beralkali atau berasid, selain daripada faktor-faktor lain.
Fesyen
Aliran bendalir limfa dan darah yang terganggu boleh disebabkan oleh pakaian ketat, seperti seluar dalam, tali pinggang, stoking, tali leher yang ketat.
Radiasi
Penggunaan radio-isotop, imbasan, radiasi dan biopsi bagi diagnosis, kemoterapi kuat, antibiotik sangat toksik dan pelbagai jenis ubat-ubatan, interaksi ubat-ubatan, pembedahan yang tidak perlu yang seringkali mencetuskan apa yang dikenali sebagai gangguan `iatrogenic'.
Racun haiwan/tumbuhan
Racun daripada haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama kita juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh membawa maut.
Sekarang ini lazimnya dipercayai penyakit-penyakit manusia adalah penyakit keturunan, iaitu diwarisi melalui gen. Bagaimanapun apabila idea ini dinilai secara logik, jelas tidak satu pun gangguan kesihatan ini ada kaitan dengan gen. Ini kerana adalah mustahil bagi alam semulajadi untuk mengekalkan gen-gen yang memudaratkan prinsip-prinsip evolusi dan warisan.
Bagaimanapun, semasa menjalankan penyelidikan saya menemui satu kaedah untuk membantu orang ramai meneruskan kehidupan bebas daripada penyakit bagi tempoh yang lama, iaitu sistem sembuh ekologi.
SISTEM SEMBUH EKOLOGI
Ini merupakan satu program saintifik bagi penjagaan kesihatan menyeluruh dan berasaskan kepada penyelidikan sejak 30 tahun yang lepas, sebagi pelengkap kepada perubatan moden.
Menerusi sistem ini,
Punca masalah tertentu dikesan terlebih dahulu, -->dan kemudian diperbetulkan.
Ubat-ubatan, vitamin sintetik, senaman yang mengeluarkan peluh berlebihan, had-had pemakanan dan sebagainya perlu diketepikan. Bagaimanapun, bahan-bahan makanan yang khasiatnya boleh dijelaskan secara saintifik digunakan untuk membetulkan gangguan kesihatan.
PROGRAM SEMBUH SEMULAJADI
Prosedur ini memerlukan
- pengambilan makanan dan buah-buahan beralkali atau berasid,
- membetulkan amalan minum dan kencing,
- mengubah tabiat pemakanan dan
- mengamalkan senaman mudah yang tidak menyebabkan peluh seperti bernafas dengan betul, menggosok tubuh dan mengurut badan menggunakan tuala.
Melalui sistem ini golongan dewasa bekerja tidak digalak melakukan senaman yang menyebabkan peluh. Bagaimanapun, golongan tua digalak berjalan dengan pantas. Kebanyakan makanan yang dilarang oleh perubatan moden dan perubatan tradisional untuk menangani penyakit boleh dimakan semasa dan selepas terapi ini.
PROSEDUR PENJAGAAN KESIHATAN
Dalam proses memulihkan kesihatan, enam langkah berikut diambil:
(1) menyingkirkan bahan toksik daripada tubuh,
(2) mencegah input baru racun dalam tubuh daripada sumber luaran dan dalaman,
(3) memperuntuk, melengkap atau mensubsidi apa-apa kekurangan dalam tubuh menggunakan sumber dalaman,
(4) menstabilkan fungsi tubuh,
(5) membetulkan tanggapan salah berhubung pengurusan kesihatan, dan
(6) satu program untuk membentuk semula tubuh, tangan, kaki dan muka.
Apabila kesemua enam langkah ini diambil, seseorang itu dapat mencapai tahap kesihatan yang unggul. Ini mungkin dengan langkah-langkah yang diambil mengikut kaedah ekologi bagi penjagaan keseluruhan sistem badan - gastrousus, respiratori, kardiovaskular, hem dan limfatik, urogenital, endokrina, saraf, otot-tulang dan sistem pembiakan - bagi prestasi terbaik mungkin.
TAHAP UNGGUL KESIHATAN
Seseorang yang sihat sepenuhnya harus
(a) boleh makan dan hadamkan makanan dengan baik, tanpa diganggu flatulens dan perut buncit,
(b) sentiasa bertenaga sepanjang masa,
(c) membuang air besar tanpa bimbang akan buasir atau pendarahan,
(d) mampu bernafas dengan mudah tanpa tercunggap-cunggap, mulut tidak berbau,
(e) darah berkualiti baik, tanpa perlu khuatir akan tekanan darah tinggi/rendah atau sakit jantung,
(f) mempunyai sistem saraf yang mantap dengan tubuh stabil, dan bersama memori dan refleks baik,
(g) mempunyai daya penglihatan dan pendengaran baik,
(h) dapat tidur lena,
(i) tidak mempunyai masalah semasa haid atau mengalami ketumbuhan, sista, sakit tubuh, migrain dan sakit kepala,
(j) mempunyai tubuh yang subur, bertenaga sepenuhnya dengan tahap kesihatan seksual yang baik,
(k) kelihatan muda, dengan kulit licin, tanpa kedut dan tanda-tanda penuaan.
Selepas ini seseorang tidak perlu bimbang akan kesihatannya, kerana tubuh akan berada dalam keadaan ini, membolehkan seseorang bekerja untuk tempoh yang lama setiap hari walaupun dalam usia tua.
PERATURAN UNTUK DIPATUHI
Secara ringkas, berikut ialah langkah-langkah mudah yang boleh membantu dalam mengekalkan kesejahteraan kesihatan tubuh.
Seseorang harus minum 2 - 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1.0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
Seseorang perlu elakkan makan berlebihan, dan apa-apa makanan yang diambil mesti bebas daripada sisa racun serangga dan pengawet. Mengelakkan makanan yang menyebabkan sembelit, dan mengamalkan tabiat membuang air besar yang baik juga penting.
Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan.
Ada makanan yang bersifat asid dan ada pula yang bersifat alkali. Adalah lebih baik jika seseorang dapat memastikan 40 peratus daripada makanan yang dimakan adalah berciri asid, dan 60 peratus berciri alkali.
Golongan dewasa tidak harus membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak yang menyebabkan peluh berlebihan. Aktiviti harian biasa sudah memadai untuk menjaga kecergasan. Bagaimanapun, mereka di zaman persaraan boleh berjalan pantas bagi jarak singkat setiap hari.
Apabila keadaan kesihatan adalah baik, tiada siapa pun harus mengambil makanan tambahan atau ubat-ubatan tidak perlu. Golongan dewasa dan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan baik tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan pelengkap kalsium. Mereka yang hidup di negara-negara tropika harus mengelakkan pelengkap vitamin D sejauh mana yang boleh.
Posted by NiLda at Tuesday, March 04, 2008 1 comments
Menjaga Kesihatan Dengan Jus Manggis
Sekadar nak berkongsi pengalaman tentang Jus Manggis. Mungkin ada yang pernah minum jus ini dan merasai sendiri kebaikannya. Buah ini digelar Ratu Buah dek khasiatnya yang tinggi. Pernah tak lihat buah manggis berulat? Selama puluhan tahun hidup, saya tak pernah lihat buah manggis berulat.
Jus ini banyak juga menyelesaikan masalah kesihatan - gout, sakit sendi, lenguh-lenguh, kencing manis, masalah jantung, stroke, bengkak tulang dan sendi, parkinson,ekzema, ulcer, masalah gusi berdarah dan pernafasan berbau malahan kepada penyakit kanser. Ramai testimonial dari kalangan pesakit kanser memberikan respon yang begitu ajaib even yang berada di terminal stage kini masih lagi sihat walafiat. Sesungguhnya tiada penyakit yang tiada ubat kecuali maut.
Justeru itu, jika ada kengkawan, rakan-rakan sepupu sepapat, kaum kerabat, adik beradik, emok ayoh, adik kakok yang ada masalah kesihatan yang agak berat boleh lah cuba. Ada rakan yang mengalami masalah resdung sekian lama, minum jus ni lebih kurang sebotol, dah tak bersin2 lagi bila bangun tido. Badan pun rasa ringan dan bertenaga. Seorang kawan lain pula, beritahu turut menyelesaikan masalah nafas yang kurang segar, sekarang mula berkeyakinan untuk berrkomunikasi dengan orang. Dulu dia rasa malu ingin berbual-bual dengan orang.....
Jika ada orang-orang yang hampir dengan kita berperang dengan penyakit berat, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan kita apatah lagi tiada harapan yang dokot bayangkan kepada kita. Di saat itu, jika ada gunung emas sekali pun, maknanya bagai debu-debu yang bertaburan. Malah, jika terdengar sebarang rawatan yang memberi harapan tinggi walau ke laut mana sanggup kita selam.
Artikel ini sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang memerlukan, tetapi jika yang sakit-sakit biasa ingin amalkan untuk pencegahan penyakit elok juga. Prevention is better and cheaper than cure/medication. Satu alternatif yang tidak melibatkan bahan kimia justeru sesuai untuk semua peringkat umur - bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang tua, wanita hamil dan menyusu.
Posted by NiLda at Tuesday, March 04, 2008 0 comments
PETUA MENJAGA KESIHATAN PADA ZAMAN RASULULLAH
Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah.Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.
Didorong oleh perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."
MORAL & IKTIBAR
- Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
- Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani
- Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
- Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga.
- Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah
- Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
- Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
- Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.
Posted by NiLda at Tuesday, March 04, 2008 0 comments

